FANDOM


General   OnLine   Lists   Trivia   Quotes   Photos   Transcript   Terjemahan    

Madagascar adalah sebuah filem animasi komedi 2005, buatan DreamWorks Animation.

Plot

Di Zoo Central Park, Marty sedang menyambut hari jadi kesepuluhnya, tetapi teringin mengalami dunia di luar kehidupan yang terperangkap di sebuah zoo. Dengan sedikit petua daripada penguin-penguin di zoo tersebut yang juga mahu melarikan diri, Marty cuba melarikan diri ke Connecticut.

Rakan-rakan Marty Alex, Gloria dan Melman menyedari ini dan cuba untuk menyelamatkannya.

Keempat-empat mereka termasuk di penguin-penguin (Skipper, Kowalski, Rico dan Private) sampai ke Stesen Grand Central, tetapi ditangkap oleh pihak berkuasa apabila cubaan Alex untuk berkomunikasi disalah anggap sebagai satu serangan.

Selepas ditekan oleh aktivis-aktivis hak asasi haiwan, Zoo Central Park terpaksa menghantar haiwan-haiwan tersebut ke Kenya menggunakan sebuah kapal. Dalam perjalanannya, si penguin-penguin melarikan diri dan merampas kapal itu untuk pergi ke Antartika; tetapi apabila mereka merampas kapal tersebut Alex, Marty, Gloria dan Melman terjatuh daripada kapal itu dan sampai ke sebuah pantai di Madagaskar.

Mereka terkumpul semula di atas pulau itu dan ingatkan bahawa mereka berada di San Diego, California. Selepas itu mereka terjumpa dengan beratus-ratus lemur yang diketuai oleh Raja Julien XIII dan akhirnya dapat tahu lokasi mereka.

Alex menuduh Marty kerana memusnahkan kehidupan mewah mereka di Zoo, walhal Marty melihat kehidupan liar sebagai apa yang sesuai bagi mereka, dan Gloria dan Melman kedua-duanya setuju selepas itu. Alex akhirnya reda kejadian tersebut, tetapi selepas beliau lapar dan mahukan daging, dia mula menjadi seekor singa liar sikit demi sedikit. Raja Julien dan rakyatnya menyambut kedatangan kumplan itu dengan baik, tetapi penasihat Raja Julien, Maurice, mengingatkan mereka bahawa Alex adalah seorang haiwan-pencari-mangsa. Raja Julien tidak hirau dengan apa pun Maurice kata dan mengatakan bahaw kumpulan itu boleh menolong mereka untuk menghalau foosa-foosa yang merupakan haiwan-haiwan yang memakan lemur-lemur.

Apabila Alex mula menjadi lebih liar dan mahu memakan sahabat-sahatbatnya termasuk lemur-lemur. Alex kemudian dibuang daripada kerajaan Raja Julien dan beliau pergi sampailah ke tanah foosa. Marty mula menyesal melihat apa terjadi kepada Alex sekarang.

Si penguin-penguin telah pergi ke Antartika, tetapi mereka tidak menyukai suasana di sana, dan melayar sampailah ke Madagaskar. Melihat ini sebagai satu peluang untuk Alex pulang ke New York, Marty mencari Alex tetapi dikepung dan dikejar oleh segerombolan foosa. Alex mengejar dan memburu Marty seperti dia mahu makan Marty, tetapi selepas itu mengejar dan menghalau foosa-foosa daripada kerajaan lemur itu buat selamanya, menunjukkan kepada Marty bahawa beliau telahpun boleh mengawal nafsu beliau untuk memakan daging termasuk daging kawannya sendiri.

Penguin-penguin menolong Alex untuk melegakan kelaparan untuk daging, dengan memberinya sushi sebagai satu penggantian bagi daging. Lemur-lemur di sana membuat satu majlis selamat tinggal bagi keempat-empat mereka, dan si penguin-penguin membuat keputusan untuk tidak memberitahu mereka bahawa kapal itu sudah kehabisan minyak, dan bahawa mereka sebenarnya memang terperangkap di pulau itu, dan akan disambungi dengan filem seterusnya, Madagascar: Escape 2 Africa.

Penerimaan

Penerimaan Kritikal

Filem ini mendapati belbagai jenis tindak balas; di Rotten Tomatoes, Madagascar mendapat 55% tindak balas positif berdasarkan 178 tindak balas. Di Metacritic, filem ini mendapati 57% penerimaan orang ramai, dan terjatuh di dalam kategori "Mixed or Average".

"Box-Office"

Walaupun menrima belbagai jenis tindak balas, filem ini berjaya mengaut keuntungan.

Lagu



BALIK PADA
General   OnLine   Lists   Trivia   Quotes   Photos   Transcript   Terjemahan    

TAMAT